twitter


Penyelesaian beberapa masalah dalam SAPS untuk guru kelas dan guru mata pelajaran
Ruangan ini akan sentiasa diupdate sekiranya pihak kami menemui beberapa masalah baru dan cara penyelesaiannya.

Bagaimana hendak tambah murid secara manual?

Hanya guru kelas yang boleh tambah murid secara manual. Sekiranya sistem tidak dapat menerima
pendaftaran murid tersebut kerana KP murid atau data murid tersebut sudah ada di sekolah lain,
kemungkinan terdapat kesilapan mengisi KP murid oleh guru di sekolah lain. Untuk selesaikannya,
daftar murid menggunakan no KP yang bukan sebenar untuk membolehkan murid tersebut
didaftarkan terlebih dahulu. Setelah pengisian markah selesai, guru kelas boleh mengemaskini KP
sebenar murid tersebut. Gunakan carian murid di menu guru kelas melalui KP. Kenalpasti data di
mana murid itu didaftarkan. Hubungi sekolah tersebut dan minta guru kelas sekolah itu untuk
memastikan KP murid itu betul.

Perlukah isi markah mata pelajaran muzik, seni dan PJK?
Semua mata pelajaran perlu diisi. Data ini akan menentukan pencapaian KPI guru setiap mata
pelajaran.


Jumlah murid untuk pengisian markah Moral sedikit tidak seperti jumlah sebenar?
Minta guru kelas untuk kemaskini data murid kelas di menu guru kelas. Pastikan data agama murid
tidak boleh kosong.

 Bagaimana sekiranya guru bertukar mengajar mata pelajaran lain di peperiksaan akan
datang?

Sekiranya terdapat pertukaran mata pelajaran oleh guru-guru, sila gunakan menu Guru Mata
Pelajaran dan Kemaskini Mata Pelajaran untuk mengubah data tersebut. Cuma perlu ada
kerjasama dari semua guru untuk pastikan guru mata pelajaran yang mengajar mata pelajaran
tersebut sebelum ini telah mengubah mata pelajaran yang lama kepada yang baru. Hanya seorang
guru sahaja boleh mendaftarkan satu matapelajaran di kelas tertentu.

Bagaimana jika nama murid yg didaftarkan masih ada di sekolah asal sedangkan namanya sudah dihapuskan?
Daftar murid tersebut menggunakan no Kad Pengenalan atau My Kid murid terseut.

 Harap membantu.



Download manual pengguna Sistem Analisa Peperiksaan Sekolah (SAPS) di sini. Klik pada imej. Guru-guru boleh mencapai laman SAPS online di bahagian pautan blog atau klik  http://saps.moe.gov.my.
Manual untuk guru kelas dan guru mata pelajaran akan diupload dalam masa terdekat. Harap Maklum.


Pengenalan SAPS 
  
 
Manual Guru Kelas   

 
Manual Guru Mata pelajaran
 





Manual Sistem Pengurusan Pentaksiran Berasaskan sekolah (SPPBS) khas untuk guru mata pelajaran KSSR.Untuk belajar secara online sila klik
http://apps.moe.gov.my/sppbs/  atau  logo SPPBS dibahagian pautan 

Klik pada petak Guru
 Taip login dan kata laluan (surat makluman login dan kata laluan akan disediakan oleh SuP   utk semua Guru Matapelajaran)
   Kemaskini profil dengan menaip kata laluan baru no Telefon bimbit. (Pastikan semua ruangan  diisi) dan klik pada petak 'Kemaskini'

Paparan di atas akan tertera. 




  Klik Daftar Murid.Pilih Darjah/Kelas/Matapelajaran yang diajar pada ruangan MURID dan klik petak  'Cari'
Klik  pada petak daftar setelah nama murid disemak dan dipilih


Klik pada ruangan kemasukan prestasi. Ruangan di atas akan tertera 
Masukkan prestasi setiap pelajar dengan klik pada ruangan 'Prestasi Keseluruhan'


  Untuk menyemak prestasi murid,sila klik bahagaian laporan, klik semak


 Paparan di atas akan tertera

 Untuk cetakan klik bahagian cetakan. Terdapat dua laporan iaitu sumatif dan formatif.Klik penyataan tersebut


Penyataan seperti di atas akan tertera. Sila cetak dan simpan untuk rujukan guru dan ibubapa